Cari Petua Anda Di sini

Friday, November 6, 2009

Petua menghilangkan panau

Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

[ Read More ]

Petua merawat ketumbit

Ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insya-Allah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat. Selamat mencuba.
[ Read More ]

Monday, November 2, 2009

PETUA MENAMBAT HATI SUAMI

Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
  • Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  • Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya). Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  • Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung ) Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian). Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh ) Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  • Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya.
  • Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).
  • Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?" Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)
  • Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ". Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.
  • [ Read More ]

    18 SX Petua Penjagaan Zakar

    1. Buang air besar jangan serentak dengan buang air kecil. Semasa nak buang air besar, air kecil perlu ditahan dan nafas ditarik, dan begitulah sebaliknya. Elakkan buang kedua-duanya serentak.

    2. Semasa mula makan, amalkan nasi sebesar ibu jari dikepalkan dan kemudian ditelan.

    3. Ketika minum elakkan menghembus nafas tetapi tahan nafas tersebut. Ini menolong dari senang lelah semasa berjimak.

    4. Kepak ayam jangan dimakan kerana ia akan melemahkan zakar.

    5. Jangan suka makan makanan yang bersifat sejuk, telah disejuk mahupun disejukkan. Ia boleh mengakibatkan gejala terpancut awal dan air mani cair.
    [ Read More ]

    18 SX Petua Zakar Panjang dan Besar

    Ketika zakar masih dalam keaadan lembik, kepala zakar dipegang dan ditarik ke bawah antara kedua belah kaki. Di mana tarik pula ke sebelah kiri dan kemudian tahan hampir 5 minit. Buat 3 kali sehari (biasanya semasa mandi waktu pagi, tengahari dan petang) nescaya dapat menambah saiz zakar, memanjangkan zakar serta mengeraskan lagi zakar. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Wednesday, October 28, 2009

    Hilangkan karat pada gigi

    Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
    [ Read More ]

    Menghilangkan panau

    Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
    [ Read More ]

    Menghilangkan bau badan


    Petua 1
    Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian.

    Petua 2
    Ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang.
    [ Read More ]

    Petua Hilangkan Kelumumur

    Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Petua: -

    Your Name: nur
    Email : -
    Remedy's Name: -
    Method: hai..mcm ne nk dpat tips..nk hilangkan kemerahan pda wajah...
    --
    Visitor Ip: 118.100.188.163
    [ Read More ]

    Thursday, October 22, 2009

    Petua: Cara mehilangkan bau kaki

    Your Name: K3nt
    Email : K3ntt@yahoo.Com
    Remedy's Name: Cara mehilangkan bau kaki
    Method: Rendam kan kaki dengan air garam dlm air suam. Amalkan pasti berkesan
    --
    Visitor Ip: 67.228.166.107
    [ Read More ]

    Wednesday, October 21, 2009

    Buah Pinang atasi kegemukan

    Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Petua Putihkan Kulit Badan

    Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu digosokkan pada kulit badan. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Insya-Allah, kulit akan menjadi putih dan berseri. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Monday, October 19, 2009

    Petua Hilangkan Jeragat

    Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biar 5 minit dan bersihkan muka dengan air bersih.

    Petua 2 :
    Guna putih telur, rendam tisu dlm putih telur dan tekapkan kat muka .. tekap sehingga tisu menjadi kering, buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air yang bersih.

    Petua 3 :
    Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

    Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, Air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman, setelah kembang tumbuk @ kisar dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh wajah dan biarkan kering lebih kurang 15-20 minit kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci dengan air suam.


    Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh wajah.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu, insya-Allah jeragat dapat dihindarkan malahan kulit wajah menjadi halus dan gebu.


    Petua 6 : Wapkan muka terlebih dahulu selama 5 minit. Caranya ialah dengan memasak air panas hingga mendidih, angkat dan suakan muka kepermukaan bekas air tersebut agar wap air tersebut mengenai wajah anda. Setelah itu ambil kapas dan sapukan sedikit minyak zaitun ginvera ke muka yang telah diwap tadi. kemudian basuh muka dan letakkan piling St Ives (dapatkan di farmasi) sapu pada muka sehingga kering dan kemudian gosok perlahan sehingga piling terkeluar. cuci muka kemudian letakan cream pemutih muka ikut kesesuaian dibahagian yang ada jeragat @ diseluruh kawasan wajah anda. Insya-Allah jeragat akan hilang jika lakukan setiap minggu. Lakukan pada sebelah malam sebelum tidur.


    Selamat mencuba!!!
    [ Read More ]

    Thursday, October 15, 2009

    Petua menangani masalah jerawat

    Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
    Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
    Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
    Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
    Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
    Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
    Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
    Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
    Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
    Petua 10 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
    Petua 11 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
    Petua 12 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 13 kali seminggu.
    Petua 14 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
    Petua 15 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
    Petua 16 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
    Petua 17 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
    Petua 18 : ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.

    Pilihlah mana-mana petua di atas yang anda rasa senang dipraktikkan. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Petua meningkatkan kesuburan wanita

    Untuk meningkatkan kesuburan seseorang wanita, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Petua kempiskan perut lepas bersalin

    Bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan inginkan perut kempis cubalah petua ini :Ambil sedikit kapur dan campurkan dengan air perahan limau nipis, sapukan pada perut dan bengkung. Jadikan amalan dalam tempoh berpantang dengan berkat kesabaran anda akan dapat lihat kesannya. Insya-Allah. Selamat mencuba.
    [ Read More ]

    Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)

    Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Selamat mencuba.
    [ Read More ]
    Related Posts with Thumbnails
     

    All Rights Reserved © 2009 Tips @ Petua Lama | by Petualama.blogspot.com